KONSEP 'AQILAH DALAM REALITI PELAKSANAAN SISTEM DIAT DI MALAYSIA
Keywords:
Diat dan Sistem Pampasan dalam Islam, Konsep ‘Aqilah dalam Pelaksanaan Diat, Aplikasi Diat dalam Kes Kemalangan di MalaysiaSynopsis
Dewasa ini, peningkatan kemalangan jalan raya semakin meningkat dan memerlukan satu kaedah penyelesaian bagi menangani masalah ini. Dalam Islam, terdapat satu sistem yang menyediakan bentuk pampasan yang sangat unik kepada pihak mangsa yang dikenali sebagai diat. Diat ialah satu mekanisme pemulihan yang sangat berkesan bukan sahaja mengubah sikap pengguna malah dalam masa yang sama bertindak sebagi remedi kepada kesan kemalangan tersebut. Bagi melaksanakan sistem diat, terdapat dua isu utama yang perlu dilihat dan dikaji mengikut konteks semasa iaitu: pembayar pampasan disebut sebagai ‘aqilah, dan wang bayaran atau barangan yang perlu diserahkan kepada pihak mangsa. Buku ini akan mengupas dan membincangkan dengan mendalam isu berkaitan ‘aqilah iaitu salah satu elemen penting yang membina sistem diat. Konsep ‘aqilah yang telah bermula sejak zaman jahiliah telah berubah mengikut keadaan semasa.
Downloads
