DIMENSI BAHARU PENGURUSAN KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT DALAM MENDEPANI WABAK COVID-19

Authors

Azman Ab Rahman
Universiti Sains Islam Malaysia image/svg+xml
Afaf Sukari

Keywords:

Peranan Institusi Zakat dalam COVID-19, Kutipan dan Agihan Zakat semasa Pandemik, Pengurusan Zakat dan Kebajikan Asnaf di Malaysia

Synopsis

Pelbagai inisiatif dan langkah telah dilaksanakan oleh kerajaan termasuk institusi zakat dalam membantu mereka yang terjejas dengan COVID-19. Institusi zakat dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sentiasa proaktif untuk membantu masyarakat tidak kira apa jua keadaan. Buku ini membahaskan isu COVID-19 dan peranan yang dilaksanakan oleh institusi zakat dalam hal ehwal berkaitan kutipan dan agihan zakat. Peranan institusi zakat amat besar dalam membantu golongan asnaf, yang terkesan dengan wabak ini termasuk mereka yang berada di barisan hadapan. Pelbagai inisiatif dan peruntukan dana khas zakat disediakan untuk membantu kerajaan dan mereka yang bertugas ketika menangani wabak COVID-19. Buku ini turut membincangkan situasi COVID-19 yang berlaku di dunia dan Malaysia dari pelbagai aspek. Selain itu, buku ini juga memfokuskan pembentukan dimensi dalam sejarah amalan kutipan dan agihan zakat di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

October 9, 2022

How to Cite

Ab Rahman, A., & Sukari, A. (2022). DIMENSI BAHARU PENGURUSAN KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT DALAM MENDEPANI WABAK COVID-19. Almanshurat. http://almanshurat.com/index.php/omp/catalog/book/26