BAHASA ARAB UNTUK PELANCONGAN ISLAM : ANALISIS KEPERLUAN DAN PEMBINAAN KURIKULUM ASAS

Authors

Mohammad Najib Jaafar
Universiti Sains Islam Malaysia image/svg+xml
Nurkhamimi Zainuddin
Universiti Sains Islam Malaysia image/svg+xml
Mohd Mahyeddin Mohd Salleh
Universiti Sains Islam Malaysia image/svg+xml
Mohammad Imran Ahmad
Universiti Sains Islam Malaysia image/svg+xml

Keywords:

Bahasa Arab untuk Pelancongan Islam, Analisis Keperluan dan Kurikulum Bahasa Arab, Model i-Tourism dalam Pengajaran Bahasa Arab

Synopsis

Buku ini mempunyai lima bab yang membincangkan tentang analisis keperluan dan pembinaan kurikulum asas bahasa Arab untuk pelancongan Islam. Ia mencakupi tajuk-tajuk seperti pengenalan yang mengupas objektif dan kepentingan buku ini diterbitkan. Menariknya, buku ini juga menghuraikan tentang bahasa Arab untuk tujuan khusus dan perbezaannya dengan bahasa Arab untuk tujuan am. Apa yang istimewanya buku ini adalah penerangan tentang analisis keperluan bahasa Arab untuk pelancongan Islam berasaskan Model i-Tourism iaitu kekurangan (lacks), kehendak (wants) dan keperluan (necessities) selain memuatkan kurikulum asas Bahasa Arab untuk Pelancongan Islam mengikut pelbagai tema seperti Pelancongan Membeli-belah, Ekopelancongan, Pelancongan Rekreasi dan Pelancongan Kebudayaan dalam dwibahasa iaitu bahasa Arab dan bahasa  Melayu. Bagi penutur bukan jati, kurikulum ini memberikan kemudahan transliterasi untuk membaca tulisan istilah dan ayat komunikasi bagi setiap tema bagi memastikan pembaca mendapat manfaat optimum daripadanya. Di samping itu, penerangan tentang panduan rukhsah ibadah kepada pembaca dan pelancong turut dimuatkan di dalam buku ini kerana melancong merupakan suatu ibadah.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

March 18, 2022

How to Cite

Jaafar, M. N., Zainuddin, N., Mohd Salleh, M. M., & Ahmad, M. I. (2022). BAHASA ARAB UNTUK PELANCONGAN ISLAM : ANALISIS KEPERLUAN DAN PEMBINAAN KURIKULUM ASAS. Almanshurat. http://almanshurat.com/index.php/omp/catalog/book/24