KAEDAH HAFAZAN AL-QURAN TEMATIK

Authors

Mohd Zamrus Mohd Ali; Irwan Mohd Subri; Muhammad Azan Tamar Jaya; Nurdalila A'wani Abd Aziz; Nurhidaya Mohamad Jan; Awwab Bakri Mohamed; Naemah Hanim Illani Mat Said

Keywords:

Metodologi Hafazan al-Quran, Pendekatan Tematik dalam Tahfiz, Inovasi Pendidikan al-Quran di Malaysia

Synopsis

Buku Kaedah Hafazan al-Quran Tematik memperkenalkan secara lengkap dan praktikal suatu pendekatan baharu dalam menghafaz al-Quran.

Kaedah ini disusun khusus dan disesuaikan oleh kumpulan penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengunakan dana geran penyelidikan untuk mendukung persekitaran pembelajaran murid-murid pintar berbakat di Kolej Permata Insan (KPI).

Ia juga sesuai dipraktikkan di sekolah-sekolah arus perdana lainnya. Secara asasnya metode tematik ini memudahkan hafalan.

Dengan cara memandu murid-murid dalam menghafaz ayat-ayat al-Quran berasaskan tema-tema dan cerita-cerita yang saling terkait; ia memberikan konteks yang lebih mendalam dan pemahaman yang lebih luas.

Buku ini menyajikan panduan lengkap, dari rancangan pelaksanaannya hingga pendekatan pentaksirannya.

Diharapkan melalui buku Kaedah Hafazan al-Quran Tematik, perkongsian kecil ini dapat memberikan manfaat, menyuntik motivasi dan menyumbang kepada kemeriahan dunia hafazan al-Quran di Malaysia, khususnya bagi sekolah-sekolah tahfiz.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

April 25, 2024

How to Cite

Mohd Zamrus Mohd Ali, Irwan Mohd Subri, Muhammad Azan Tamar Jaya, Nurdalila A'wani Abd Aziz, Nurhidaya Mohamad Jan, Awwab Bakri Mohamed, & Naemah Hanim Illani Mat Said. (2024). KAEDAH HAFAZAN AL-QURAN TEMATIK. Almanshurat. http://almanshurat.com/index.php/omp/catalog/book/19